fb fb fb fb fb

Tiga wakil ISTAF hadiri IF 2023

FOTO FB ISTAF

KUALA LUMPUR, 16 November -Tiga wakil Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dijemput menghadiri Forum Persekutuan Antarabangsa (IF) 2023 di Lausanne, Switzerland.

Menurut kenyataan, ISTAF diwakili Pemangku Presidennya Boonchai Lorhpipat, Timbalan Presiden Muhammad Fariq Abdul Halim dan Setiausaha Agung Datuk Abdul Halim Kader pada forum tiga hari itu yang bermula Isnin.

Antara tumpuan sempena Forum IF itu ialah ucapan alu-aluan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach menegaskan perlunya perpaduan dalam dunia sukan yang berlatarbelakangkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.

Bach turut menyentuh mengenai dunia digital iaitu perkembangan pesat dalam kecerdasan buatan dan e-sukan telah memberikan Pergerakan Olimpik dengan kedua-dua peluang dan cabaran.

Forum itu yang menghimpunkan 300 pemimpin dari lebih 125 persekutuan sukan antarabangsa (IF) dan ahli, direka untuk merangkumi isu-isu yang mengubah persekitaran daripada pakar industri dalam pergerakan sukan global mengenai strategi, teknologi dan trend terkini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD