fb fb fb fb fb

Tiga minggu sebelum ke Olimpik Paris, Shericka Jackson cedera pula

Shericka Jackson / AFP

PARIS,10 Julai- Juara dunia 200 meter berganda Shericka Jackson dilaporkan mengalami kecederaan sekali gus tidak dapat beraksi dengan kemampuan sebenar dalam perlumbaan di Hungary pada Selasa.

Ia sudah tentu menimbulkan keresahan apa lagi kecederaan itu berlaku kurang tiga minggu sebelum Sukan Olimpik bermula.

Pelumba Jamaica itu mendahului perlumbaan sebelum memperlahankan lariannya sambil menutup mukanya ketika berjalan melintasi garisan penamat.

Perlumbaan itu dimenangi oleh Julien Alfred dari Saint Lucia.

Jackson, 29, merekodkan masa kedua terpantas dalam acara itu. Dia juga memenangi perak dalam acara 100m pada kejohanan dunia tahun lalu.

Rakan senegaranya Elaine Thompson-Herah, yang menamatkan acara berganda pingat emas 100m-200m pada kedua-dua Olimpik 2016 dan 2020 yang ditangguhkan akibat pandemik, telah diketepikan daripada Olimpik Paris bulan lalu selepas gagal pulih daripada kecederaan Achilles.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE