KUALA LUMPUR, 19 MEI - Menjelang aksi Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena esok.
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk menyajikan persembahan terbaik sebaik menjuarai Terbuka Thailand 2025 semalam.
Sebagai persediaan awal, bekas juara dunia 2022 telah turun ke gelanggang sejak awal pagi bagi menyesuaikan diri dengan venue kejohanan.
Menurut Wooi Yik, keadaan angin dalam gelanggang bakal menjadi cabaran utama mereka sepanjang saingan bermula.
"Sudah tentu kami mahu bermain, ya, tetapi kami datang ke sini hanya untuk merasai suasana di gelanggang kerana esok adalah hari terakhir sebelum kejohanan bermula. Jadi hari ini kami datang untuk merasai angin dan gelanggang. Ia rasa hebat. Harapnya kami dapat memberikan perlawanan yang baik pada hari Rabu.
"Setakat ini, keadaan gelanggang juga berangin di sini. Tapi semalam mereka cakap penghawa dingin belum buka lagi, tapi hari ini lain sikit. Mungkin masa kejohanan nanti akan lagi berbeza, jadi kami lebih bersedialah. Sebab dah banyak kali main di Axiata sini, jadi kami hanya bersedia untuk apa-apa saja", katanya selepas menjalani latihan rasmi di sini, hari ini.
Gandingan kelima dunia itu dijadual memulakan kempen Masters Malaysia menentang pasangan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Chi-Lin pada Rabu.
Mengulas mengenai kejohanan yang disertai secara berturut-turut, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo itu mengakui mereka kekal bersemangat.
Ini dalam usaha untuk kekal konsistan serta mempelajari corak permainan baharu melalui jurulatih Herry Iman Pierngadi.