fb fb fb fb fb

Pearly Tan-M.Thinaah yakin tawan Kejohanan Masters Malaysia

Kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Thailand 2025 menjadi pembakar semangat kepada beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah untuk terus mencipta kemenangan

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Menjelang Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

Kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Thailand 2025 menjadi pembakar semangat kepada beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah untuk terus mencipta kemenangan.

Perkara itu dinyatakan Pearly selepas muncul sebagai pasangan wanita pertama Malaysia yang menjuarai Terbuka Thailand sejak diperkenalkan pada tahun 1984 di Bangkok semalam.

“Kejuaraan ini sangat bermakna kepada kami dan ia benar-benar meningkatkan keyakinan kami untuk menghadapi cabaran seterusnya,”katanya.

Pada perlawanan akhir, pasangan No. 4 dunia itu menewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17.

Sebagai juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai RM161,191.

Pada Kejohanan Masters Malaysia, juara Terbuka Hong Kong 2024 itu dijadual menentang wakil Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying pada pusingan pertama. - BERNAMA

JALALUDDIN BIN BAHARIN