fb fb fb fb fb

Thiago Silva seronok di Stamford Bridge

(Thiago Silva bertepuk tangan menghargai sokongan peminat
yang hadir menyaksikan perlawanan / REUTERS)

LONDON, 11 Februari- Chelsea menyambung kontrak bek tengah berusia 38 tahun, Thiago Silva hingga akhir musim 2023/2024 pada Jumaat.

Walaupun membelanjakan lebih daripada 500 juta pound (AS$606 juta) musim ini, pemain antarabangsa Brazil itu kekal menjadi figura penting pertahanan The Blues.

“Sejujurnya, saya sangat gembira untuk meneruskan karier saya bersama The Blues,” kata Silva, yang menyertai Chelsea dalam perjanjian jangka pendek dari Paris Saint-Germain pada 2020.

"Apabila saya menandatangani kontrak pertama saya di sini, ia hanya untuk satu tahun. Sekarang ia sudah menjadi yang keempat. Saya tidak dapat bayangkan itu, tetapi sebenarnya ia adalah detik yang sangat istimewa untuk saya kekal di Chelsea."

Pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly dan Behdad Eghbali telah mendapat kecaman berbelanja sakan semasa tahun pertama mereka mengendalikan kelab itu.

The Blues memecahkan rekod Britain apabila membayar Benfica 106.8 juta pound untuk Enzo Fernandez.

Bayaran itu mengatasi rekod terdahulu 100 juta pound yang dibayar oleh Manchester City kepada Aston Villa bagi membeli Jack Grealish pada 2021.

Dengan ketibaan Mykhailo Mudryk, Joao Felix, Benoit Badiashile dan pemain-pemain baharu yang lain, Chelsea telah membelanjakan 323 juta pound pada jendela kali ini.

Tetapi dalam satu kenyataan bersama mereka memuji pengalaman dan kemahiran kepimpinan Silva sebagai pelengkap penting kepada barisan bakat muda untuk perjanjian jangka panjang.

"Dia seorang pemain bertaraf dunia, kerana dia telah terbukti selama bertahun-tahun untuk kelab dan negara.

"Pengalaman, kualiti dan kemahiran kepimpinannya adalah penting untuk visi kami ke hadapan," kata Boehly dan Eghbali.

"Kami sangat gembira dia telah melanjutkan kontraknya dengan kami dan kami berharap untuk lebih banyak kejayaan bersamanya."-AFP


(Pemilik bersama Chelsea Todd Boehly dan Behdad Eghbali ketika

menyaksikan salah satu perlawanan Chelsea / REUTERS)

Media Baharu