fb fb fb fb fb

Thiago Alcantara umum persaraan

Pemain antarabangsa Sepanyol, Thiago Alcantara mengumumkan persaraan pada usia 33 tahun/Foto REUTERS

MADRID, 9 Julai- Pemain tengah antarabangsa Sepanyol, Thiago Alcantra mengumumkan persaraannya pada usia 33 tahun menerusi mesej di laman sosial medianya.

"Terima kasih bola sepak dan kepada mereka yang menemani saya. Tidak lupa juga kepada mereka yang menjadikan saya sebagai pemain dan individu terbaik selama ini", tulisnya di X.

Sebelum ini, Liverpool melepaskan Thiago selepas kontraknya tamat pada musim lalu.

"Secara teknkalnya, dia sangat bagus. Salah satu pemain berbakat yanf mampu bermain dengan mana-mana pasukan di dunia. Sya rasa berbesar hati kerana Thiago bermain dengan Liverpool", kata Jurgen Klopp sebaik sahaja keputusan persaraan tersebut diumumkan.

"Kecederaan telah satu kekecewaan buat diri dan rakan sepasukan. Namun tahap permainannya ketika diturunkan dalam kesebelasan utama amat mengagumkan", tambah Klopp.

Thiago dilahirkan di Itali, ketika ayahnya, Mazinho yang juga merupakan salah seorang anggota skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994 bermain untuk kelab Serie A, Lecce.

Manakala adiknya, Rafinha pemain antarabangsa Brazil bermain di Liga Arab Saudi.

Thiago memulakan penampilan awal bersama skuad utama Barcelona pada 2009 menyaksikan dia memenangi empat kejuaraan La Liga, Liga Juara pada 2011 dan Kejuaraan Kelab Dunia.

Dia kemudiannya berkelana dan menghabiskan masa selama tujuh tahun di Jerman dan memenangi Trofi setiap tahun bersama Bayern Munich termasuk Kejuaraan Kelab Dunia pada 2013 Dan Liga Juara pada 2020.

Bersama Liverpool, Thiago berjaya memenangi Piala FA dan layak ke perlawanan final Liga Juara kali ketiga pada 2015.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD