BUENOS AIRES, 9 Julai- Dua pemain pasukan ragbi kebangsaan Perancis, ditahan di Argentina pada Isnin berikutan dakwaan serangan seksual.
Perkara itu dimaklumkan pegawai mahkamah di wilayah Mendoza kepada AFP.
Kedua-dua pemain tersebut akan dibawa dari Buenos Aires ke Mendoza, di mana jenayah yang didakwa berlaku, dan "jika siasatan menyokong keterangan mangsa, pertuduhan akan difailkan," kata pegawai Martin Ahumanda.
Pasukan ragbi Perancis berada di Argentina susulan lawatan ke negara Amerika Selatan.-AFP