fb fb fb fb fb

The Gunners tamat kemarau gol

Gyokeres meledak dua gol dalam tempoh tiga minit /Foto AFP

LONDON, 22 Oktober - Dua jaringan Viktor Gyokeres menamatkan kemarau sembilan perlawanan tanpa gol Arsenal dalam kemenangan bergaya 4-0 ke atas Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna The Gunners dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan, menyertai PSG dan Inter Milan sebagai pasukan dengan kutipan sembilan mata, setakat ini.

Gabriel Magalhaes membuka tirai jaringan menerusi tandukan hasil sepakan percuma Declan Rice, sebelum Gabriel Martinelli menggandakan jaringan.

Gyokeres kemudian menambah dua gol dalam tempoh tiga minit untuk melengkapkan kemenangan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan dua jaringan itu sebagai pemangkin kepada kebangkitan Gyokeres, yang dibawa masuk dari Sporting Lisbon untuk mengukuhkan jentera serangan.

"Kami harap ini permulaan kepada sesuatu yang indah. Itulah sebab utama kami membawanya menyertai pasukan," kata Arteta.

Arsenal, yang mara ke separuh akhir musim lalu, kini dilihat sebagai pencabar utama kejuaraan Eropah itu dalam sejarah kelab selepas membuat pelaburan besar pada musim panas. - AFP

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN