KUALA NERUS, 15 Februari- Beraksi longlai di hadapan lebih 1,000 penyokong sendiri menghukum Terengganu FC (TFC) untuk dimalukan pasukan pelawat Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang hadir selaku pasukan bukan pilihan musim ini dengan menewaskan pasukan tuan rumah 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini.
Walaupun TFC meraih gol pertama perlawanan di minit ke-15 oleh pemain pertahanan Safwan Mazlan, namun pasukan tuan rumah kekal pasif untuk beraksi menambah jaringan perlawanan.
Gol penyamaan buat pasukan pelawat hadir pada minit-minit akhir separuh masa pertama hasil tandukan mudah penyerang Paulo Josue untuk menewaskan Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin penjaga gol tuan rumah.
Babak separuh masa kedua mempamerkan tempo permainan lebih laju buat kedua-dua pasukan demi mencari lebihan gol untuk mendahului permainan.
Setelah video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringan gol kontroversi oleh pemain gantian Patrick Alcala Reichelt pada minit ke-84 sekali gus meletakkan KL City FC selesai untuk mendahului perlawanan 2-1 hingga tamat permainan.
Bagi Ketua Jurulatih TFC Badrul Afzan Razali, pertemuan pada aksi seterusnya diharapkan memberi mata kepada pasukan itu.
"Sudah tentu kekalahan pada malam ini kita kena bangkit selepas perlawanan dengan pada malam ini. Jadi kita harap dengan bertemu Kuching City kita tidak boleh melakukan kesilapan dan kena kutip tiga mata," katanya.
Sementara itu Ketua Jurulatih KL City FC Miroslav Kuljanac bangga dengan pencapaian anak buahnya yang menampilkan aksi cemerlang.
"Mereka katakan kita tidak pernah menang di sini, sekarang kami buktikan dan memecahkan rekod itu. Tiada apa yang lebih mengembirakan daripada kemenangan ini.
"Kami kehilangan beberapa pemain untuk perlawanan ini namun kami tetap memberikan yang terbaik. Ahli pasukan tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi. Saya bangga dengan mereka," katanya.
TFC mencatatkan lima kekalahan sepanjang musim ini masih lagi kekal di tangga ke-4 kedudukan liga manakala KL City FC melonjak naik di tangga ke-7.