fb fb fb fb fb

Terengganu FC kutip tiga mata

(Pemain Terengganu FC, Engku Muhammad Shakir (tengah) meraikan jaringannya
bersama pasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023/BERNAMA)

KUALA NERUS, 4 Julai- Setelah beraksi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Terengganu FC (TFC) kini dilihat kembali bernafas setelah menang tipis menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-0 di laman sendiri, hasil jaringan tunggal Engku Nur Shakir Engku Yaacob pada minit ke-16 permainan.

Terdahulu percaturan pasukan tuan rumah kendalian Tomislav Steinbruckner yang mempertaruhkan sebahagian besar pemain-pemain muda dilihat menguasai permainan yang diterjemahkan melalui beberapa cubaan tepat ke gawang lawan namun gagal untuk membolosinya.

Pasukan pelawat KDA FC juga dilihat beraksi bawah kemampuan sebenar setelah dua tonggak utama Manual Ott dan Lee Tuck tidak dapat beraksi berikutan hukuman penggantungan perlawanan. Begitu juga buat pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain yang terpaksa mengemudi dari luar padang berikut hukuman penggantungan rentetan layangan kad merah sewaktu KDA FC tewas kepada PDRM FC di laman sendiri dalam aksi Liga Super pada 4 Mac lalu.

Kekebalan mempertahankan kelebihan satu gol membolehkan TFC menamatkan aksi dengan tiga mata penuh sehingga wisel ditiup pengadil, Mohamad Zamzaidi Katimin.

"Kami jaringkan gol kedua namun (dibatalkan) ... Jika kami lebih awal menambah jaringan sudah pasti memberi kelebihan buat kami. Sekarang kami berhempas pulas untuk tiga mata.

"Tetapi saya tidak boleh salahkan pemain saya," kata Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner.

"Bila ketiadaan Manuel Ott, kapten pasukan dan Lee memang memberi impak yang boleh kata besar juga dalam pasukan sebab pemain muda tidak boleh pikul tanggungjawab itu," kata Pembantu Ketua Jurulatih KDA FC, Victor Andrag.

(Pemain Terengganu FC Nik Muhammad Sharif Haseefy (kiri) diasak pemain Kedah Darul
Aman FC Bojan Ciger (tengah) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023/BERNAMA)

Media Baharu