PARIS, 30 Mei- Juara bertahan, Carlos Alcaraz mara ke pusingan 16 terbaik Tenis Terbuka Perancis selepas menang 6-1, 6-3, 4-6, 6-4 ke atas pemain nombor 69 dunia, Damir Dzumhur dari Bosnia and Herzegovina.
Bagaimanapun, bintang Sepanyol itu mengakui terpaksa mengerah kudrat selepas tahap tenaganya menurun setelah menguasai dua set pertama.
"Sejujurnya saya tidak begitu menikmati perlawanan ini. Saya cukup menderita.
"Sungguh sukar untuk saya meningkatkan potensi. Saya terpaksa memberikan segalanya untuk memperoleh kemenangan," katanya.
Pemenang Grand Slam empat kali itu seterusnya akan menentang pilihan ke-13 dari Amerika Syarikat, Ben Shelton, esok untuk merebut tempat ke suku akhir.
Terdahulu, Shelton menumbangkan pemain Itali, Matteo Gigante dalam kemenangan straight set 6-3, 6-3, 6-4. - AFP