fb fb fb fb fb

Terbuka Perancis: Aaron Chia-Wooi Yik berdepan wakil Korea Selatan petang ini

Foto FB BAM

PARIS, 8 Mac- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia yang meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir badminton Terbuka Perancis.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kelima kejohanan menundukkan pasangan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-16, 21-18 pada pusingan kedua, awal pagi tadi.

Laluan di suku akhir lebih sukar apabila mereka dijadual bertemu juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, petang ini.

Pertemuan terakhir mereka menyaksikan Aaron-Wooi Yik tewas dalam pertarungan tiga set di suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Terdahulu, wakil kedua beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada pilihan pertama kejohanan iaitu wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 13-21 dan 12-21.

Turut menerima nasib sama, beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas ditangan gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang merupakan pilihan keempat kejohanan, 18-21 dan 14-21.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM