fb fb fb fb fb

Piala TNB 2024 : THT dan TNB buat perhitungan di final

Foto FB MalaysianHockeyConfederation

KUALA LUMPUR, 8 Mac -Terengganu Hoki Team (THT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan berentap di perlawanan akhir Hoki Piala TNB untuk dua edisi berturut-turut selepas mudah melepasi saingan separuh akhir menewaskan lawan masing-masing.

Maybank terlebih dahulu mendahului THT seawal minit ketiga menerusi gol pukulan sudut penalti pemain kebangsaan, Razie Rahim.

Namun kelebihan itu hanya bertahan sehingga minit ke-16 selepas Faizal Saari menyamakan kedudukan.

THT kemudiannya mendahului 2-1 menerusi Ismail Abu pada minit ke-28.

Perlawanan kemudiannya terpaksa dihentikan seketika akibat hujan lebat di Stadium Hoki Nasional 1.

Sebaik perlawanan bersambung, Faizal memadamkan sisa perjuangan Maybank dengan meledakkan gol ketiga THT pada minit ke-48.

THT mara ke final dengan keputusan agregat 6-1, hasil kemenangan 3-0 yang dicetak pada separuh akhir pertama dan kemenangan 3-1 pada separuh akhir kedua.

Sementara itu, pertemuan TNB dan UITM HA-KPT pula menyaksikan TNB tidak berdepan masalah untuk memastikan kemenangan.

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meledak gol pertama menerusi kelebihan pukulan sudut penalti seawal minit ketiga.

Jaringan tersebut kekal sehingga suku ketiga, Zul Pidaus Mizun kemudiannya menyamakan kedudukan buat UiTM HA-KPT bagi mengikat kedudukan.

Bagaimanapun jaringan tersebut tidak bertahan lama selepas tiga minit kemudian, TNB dihadiahkan dengan pukulan penalti stroke,Jang Jong Hyun kembali meletakkan TNB dihadapan dengan 2-1.

TNB melebarkan lagi jurang agregat, dengan meledak tiga gol menerusi Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Shahril Saabah

TNB mengakhir saingan dengan keputusan 5-1 sekaligus membawa mereka ke pentas final dengan aggregate 8-2.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD