BUKIT JALIL, 10 Januari- Hasrat pasangan beregu wanita negara, Anna Ching Yik Cheong dan Teoh Mei Xing untuk ke peringkat seterusnya dalam Terbuka Malaysia 2024 kecundang selepas tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na dan Lee Soh Hee hari ini.
Saingan yang berlangsung di Axiata Arena di sini itu menyaksikan pasangan lawan di rangking kedua dunia tersebut meraih kemenangan mudah dengan mata 21-14 dan 21-13.
Teoh mengakui telah melakukan perubahan strategi, bagaimanapun tidak membuahkan hasil.
Pasangan negara dilihat cuba menguasai permainan pada set pertama, namun beberapa kesilapan telah memberi ruang bagi Korea Selatan mengutip mata dan mendominasi set kedua, sekali gus memastikan kemenangan buat mereka.