fb fb fb fb fb

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah gagal sekat beregu China

Foto BAM

TOKYO, 20 Julai - Hasrat beregu utama wanita negara Pearly -Thinaah untuk mencipta kejutan di perlawanan akhir Terbuka Jepun tidak kesampaian selepas tumpas straight set kepada kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-15, 21-14 dalam masa 45 minit.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan, pasangan beregu negara yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan gagal mengimbangi corak permainan yang dipamerkan beregu China berkenaan.

Mereka tumpas 21-15 pada set pertama.

Pada set kedua, dominasi beregu China berterusan untuk membolehkan mereka memenangi perlawanan dengan 21-14.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Liu Sheng Shu-Tan Ning yang juga pasangan nombor satu dunia melebarkan rekod kemenangan ke atas Pearly-Thinaah kepada 9-3.

Pencapaian  Pearly -Thinaah menyamai kejayaan gandingan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang muncul naib juara pada edisi 2008.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD