fb fb fb fb fb

MLS: Messi ledak dua gol benam New York Red Bull

Bintang Inter Miami, Lionel Messi/Foto REUTERS

NEW JERSEY, 20 Julai - Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan untuk membantu Inter Miami bangkit menewaskan New York Red Bulls 5-1 dalam aksi Major League Soccer (MLS) pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah, New York Red Bulls membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 menerusi tandukan Alexander Hack selepas menerima sepakan sudut Emil Forsberg.

Inter Miami yang ketinggalan 0-1 kemudiannya bangkit menerusi tiga jaringan pada minit ke-24 melalui Jordi Alba dan Talasco Segovia pada minit 27 dan minit akhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Messi kemudian menambah dua lagi jaringan pada minit ke-60 dan 75 bagi melengkapkan kemenangan bergaya pasukan pelawat.

Kemenangan itu merupakan yang keenam buat Miami dalam tujuh perlawanan terakhir MLS, selepas rekod lima kemenangan berturut-turut mereka direncatkan oleh Cincinnati pada Rabu. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD