fb fb fb fb fb

Terbuka Jepun 2022, Pearly Tan dan M. Thinaah tewaskan pasangan Korea Selatan

FOTO BAM

OSAKA, 30 Ogos- Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke pusingan kedua selepas mengejutkan pilihan ketiga kejohanan, Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan.

Pearly dan Thinaah mencatat keputusan 16-21, 21-14 dan 21-18 dalam tempoh 61 minit.

Tewas set pertama 21-14, pemenang pingat emas Komanwel Birmingham itu berjaya mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah untuk mengikat kedudukan di set kedua dengan 21-14.

Ketinggalan 9-4 pada awal set penentuan, pasangan negara berjaya bangkit memperbaiki aksi dan menang 21-18.

Pearly dan Thinaah bakal berdepan wakil Korea, Baek Ha Na dan Lee Yu Lim untuk pusingan seterusnya, esok.

Satu lagi wakil beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien turut mara selepas menumpaskan wakil Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau 21-17, 23-21.

Dalam kategori beregu campuran pula, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei 23-21, 22-24, 21-17 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, hasrat beregu muda negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin untuk mara lebih jauh tidak kesampaian.

Pasangan ranking ke-12 dunia itu tumpas 17-21, 21-18 dan 19-21 terhadap gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.

Nasib sama dialami gandingan Anna Cheong dan Teoh Mei Xing yang tewas mudah 9-21, 14-21 keatas pasangan China, Liu Xuan Xuan dan Xia Yu Ting.


(FOTO BAM)

Media Baharu