fb fb fb fb fb

Terbuka Itali: Alcaraz, Zverev mara ke pusingan 16 terbaik

Foto AFP

ROME, 12 Mei- Bintang Sepanyol, Carlos Alcaraz mara ke pusingan 16 terbaik selepas menundukkan pemain Serbia, Laslo Djere 7-6, 6-2.

Juara Grand Slam empat kali itu mara ke pusingan tersebut buat kali pertama di pentas kejohanan bertaraf ATP berkenaan.

Beliau akan menentang pemain Rusia, Karen Khachanov, esok untuk merebut slot ke suku akhir.

Terdahulu, juara bertahan Alexander Zverev mudah menewaskan Vilius Gaubas dari Lithuania, 6-4, 6-0 untuk bertemu pemain Perancis, Arthur Fils, dalam pertembungan 16 terbaik.

Pemain nombor dua dunia itu mengambil masa satu jam 26 minit, menewaskan Gaubas.

Bintang Rusia, Daniil Medvedev pula akan berdepan tuan rumah Lorenzo Musetti selepas menang 6-4, 6-1 menentang Alexei Popyrin.

Dalam aksi perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka dari Belarus dijadual menentang wakil Ukraine, Marta Kostyuk pada pusingan 16 terbaik.

Pesaing utama Sabalenka, Coco Gauff pula menyingkirkan Magda Linette 7-5, 6-3 dan akan bertemu Emma Raducanu pada pusingan seterusnya. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello