KUALA LUMPUR, 12 Mei- Dua wakil negara melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Kejohanan itu menyaksikan pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang menjadi pilihan ketujuh menewaskan Sana Ibrahim dari Mesir 11-4, 11-6, 5-11, 11-5.
Sivasangari yang berada di ranking kesembilan dunia seterusnya akan berdepan pemain tuan rumah Amanda Sobhy.
Seorang lagi wakil negara yang juga pemain nombor 10 dunia, Ng Eain Yow mudah mengetepikan wakil Pakistan Muhammad Asim Khan 11-4, 11-2, 11-4.
Eain Yow yang merupakan pilihan ke-10 dijangka berdepan cabaran sukar apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia, Mostafa Asal dari Mesir pada pusingan ketiga.
Bagaimanapun, nasib berbeza terhadap dua lagi wakil negara, Rachel Arnold dan Aira Azman apabila terpaksa pulang awal.
Rachel tewas di tangan pemain nombor empat dunia Olivia Weaver 5-11, 2-11, 13-11, 5-11.
Manakala Aira Azman dikecewakan pemain Mesir Salma Hany 6-11, 10-12, 4-11.