MANCHESTER, 12 Mei- Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menimbulkan keraguan tentang masa depan kelab berkenaan.
Ia berikutan satu lagi prestasi buruk United selepas tewas 0-2 di tempat sendiri kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Prestasi hambar itu menimbulkan kemarahan Amorim yang menanggap ia sebagai berisiko bagi sebuah kelab besar.
"Saya sangat bimbang apabila keputusan itu dianggap biasa sedangkan kami adalah antara kelab terbesar dunia.
"Tewas dalam perlawanan di tempat sendiri merupakan satu keaiban," kata jurulatih dari Portugal berusia 40 tahun itu.
Beliau juga bimbang sekiranya pemain United melupakan tanggungjawab mereka sebagai pemain di salah sebuah kelab utama dunia.
Ditanya mengenai kedudukan semasa The Red Devils di tangga ke-16 liga ketika ini, Amorim berkata, dia malu dan sukar diterima.
Sehubungan itu katanya, United perlu mengubah banyak perkara pada penghujung musim ini. - AFP