fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia: Soon Huat-Shevon ke suku akhir

Foto BAM

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025.

Pasangan suami isteri itu berjaya menyingkirkan wakil tuan rumah, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah dengan keputusan 21-7, 21-12 dalam masa 32 minit.

Soon Huat-Shevon yang kini menghuni ranking kelima dunia bakal membuat perhitungan menentang gandingan pilihan keenam dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Terdahulu, Puavaranukroh- Paewsampran meneruskan kemaraan selepas mengetepikan cabaran wakil dari India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath, 21-7, 21-12.

Sementara itu, beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah juga dijadual beraksi hari ini.

Mereka dijadual menentang gandingan tuan rumah, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui, 21-16, 21-17.

Dalam aksi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao akan menentang pilihan keempat dari China, Li Shi Feng, petang ini.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID