fb fb fb fb fb

Ancelotti tuntut Vinicius Jr. kembali ke prestasi cemerlang, bantu skuad Brazil

Foto AFP

RIO DE JANEIRO, 5 Jun - Penyerang sensasi Vinicius Jr. diminta tampil dengan prestasi terbaik seperti yang ditunjukkan ketika bersama kelab ternama Sepanyol, Real Madrid.

Menurut jurulatih skuad kebangsaan Brazil yang baharu, Carlo Ancelotti, pemain itu mempunyai kebolehan unik yang dilihat mampu menggugat benteng pertahanan lawan.

"Vinicius adalah aset penting buat Brazil. Oleh itu semua pihak dalam pasukan perlu bekerja keras untuk mengembalikan keupayaan sebenarnya," katanya.

Ancelotti berkata demikian dalam satu sidang media menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador hari ini, yang juga merupakan perlawanan sulunya sebagai pengendali skuad Brazil.

Brazil kini berada di kedudukan keempat dalam carta kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan, manakala Ecuador di tangga kedua di belakang juara dunia, Argentina.

Enam pasukan teratas akan layak secara automatik ke Piala Dunia. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN