fb fb fb fb fb

Terbuka India: Aaron Chia-Wooi Yik hanya dapat 'angpau', RM127,493

Foto FB BAM

NEW DELHI, 22 Januari- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas pada pusingan akhir Terbuka India, sebentar tadi.

Wakil tunggal negara itu kalah kepada gandingan muda dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-14, 19-21 dan 18-21.

Beregu negara bermula cemerlang pada set pertama apabila hanya memerlukan 13 minit untuk mendahului lawan di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi.

Masuk set kedua, wakil China bangkit merebut peluang selepas berjaya membaca taktikal Aaron-Wooi Yik.

Meski peluang dilihat menyebelahi wakil negara, bagaimanapun 'ubi muda' China itu mempamerkan aksi memberangsangkan pada set penentuan untuk merebut gelaran juara Terbuka India buat kali pertama.

Liang Wei Keng-Wang Chang dilihat berada dalam momentum terbaik selepas berjaya mengungguli tempat ke-2 Terbuka Malaysia, tewas ditangan atlet Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik membawa pulang wang tunai sebanyak AS$29,750 (RM127,493) manakala Wei Keng-Wang Chang meraih AS$62,900 (RM269,557) selaku juara.

Pasangan negara itu selepas ini akan mengalihkan fokus bagi menghadapi saingan Masters Indonesia di Jakarta yang bermula Selasa ini.


(Foto FB BAM)

Media Baharu