fb fb fb fb fb

Soh Wai Ching sasar pertahan gelaran untuk 10 tahun akan datang

PETALING JAYA, 22 Januari- Pelari Menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching meletakkan sasaran untuk mempertahankan gelaran yang dipegangnya itu dalam tempoh 10 tahun lagi.

Bagi merealisasikan misi tersebut, atlet berusia 29 tahun itu berhasrat melakar lebih banyak kejayaan baharu bermula pada tahun 2023 ini.

Wai Ching mula memegang gelaran pelari nombor satu dunia sejak April 2022 dan kini terus mendahului dengan kutipan 774 mata.

Dia akan mula menjalani latihan dan menyertai kejohanan di Dubai, Kuwait, Amerika Syarikat dan Poland selepas berakhirnya perayaan Tahun Baharu Cina.

"Saya sudah capai sasaran nombor satu dunia pada April 2022. Saya nak pastikan saya konsisten dengan rangking itu dalam tempoh 10 tahun.

Kemudian, saya juga nak menang sekali lagi pada Larian Bangunan 'Empire States' Oktober tahun ini sekali gus dapat menang untuk kali ketiga berturut-turut," kata Soh Wai Ching kepada pemberita RTM di Petaling Jaya.


(Soh Wai Ching ditemui pemberita RTM di Petaling Jaya sempena Tahun Baharu Cina)

Selain itu Wai Ching juga bercadang untuk melakar dua lagi pencapaian dalam Guinness World Records tahun ini.

Sasarannya ialah memperbaiki catatan rekod pendakian tangga secara menegak dalam masa satu jam di menara dan juga menggunakan mesin.

 

Media Baharu