fb fb fb fb fb

Terbuka DC : Fritz mula kempen dengan langkah kanan

Pemain tenis Amerika Syarikat, Taylor Fritz

WASHINGTON, 24 Julai - Pilihan utama, Taylor Fritz memulakan kempen DC Open dengan kemenangan straight set menewaskan pemain Australia, Aleksandar Vukic, pada Khamis.

Pemain nombor empat dunia itu menggembirakan penyokong tuan rumah dengan kemenangan 6-3, 6-2 dan bakal berdepan Matteo Arnaldi pada pusingan 16 terbaik. Arnaldi sebelum itu menyingkirkan rakan senegara, pilihan ke-16, Lorenzo Sonego, 7-5, 7-5.

Dalam aksi lain, pilihan ketujuh dari Australia, Alex de Minaur, menewaskan pemain China, Yunchaokete Bu 7-6(5), 6-2, manakala pilihan kelapan, Daniil Medvedev dari Rusia, bangkit untuk mengatasi pemain Amerika yang memiliki servis kencang, Reilly Opelka, 3-6, 7-5, 6-1.

Sementara itu, pemain kelayakan dari China, Yibing Wu menyingkirkan pilihan ke-10 dari Australia, Alexei Popyrin, 7-5, 5-7, 6-3, dan pilihan ke-11 dari Republik Czech, Jiri Lehecka, mengatasi pemain tuan rumah, Zachary Svajda, 6-4, 6-7(5), 6-3.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE