CINCINNATI, 8 Ogos - Penampilan semula Venus Williams di kejohanan WTA Masters 1000 Terbuka Cincinnati berakhir awal selepas tewas kepada pemain Sepanyol, Jessica Bouzas Maneiro dalam pusingan pertama, pada Khamis.
Pemain berusia 45 tahun itu, yang kembali beraksi di Jelajah WTA, Terbuka DC bulan lalu mempamerkan aksi kompetitif apabila berjaya memenangi empat daripada tujuh peluang break point.
Namun, dia gagal memanfaatkan servis kedua dengan baik apabila hanya meraih 28 peratus mata, sebelum akur tewas 4-6, 4-6 kepada pemain ranking ke-51 dunia itu.
Bouzas Maneiro seterusnya akan berdepan pemain ranking ke-21 dunia dari Kanada, Leylah Fernandez, pada pusingan kedua.-REUTERS