fb fb fb fb fb

Terbuka Australia: Djokovic berhadapan pemain ranking ke-75 dalam perlawanan pertama

(FOTO AFP)

MELBOURNE, 12 Januari- Novak Djokovic diundi menentang pemain Sepanyol Roberto Carballes Baena dalam perlawanan pembukaan Terbuka Australia di sini

Bintang Serbia itu, yang diusir kerana enggan mengambil vaksin COVID-19 setahun lalu, akan memulakan usahanya merebut gelaran Terbuka Australia ke-10 dan menyamai rekod Grand Slam ke-22 dengan menentang pemain yang menduduki ranking ke-75 dunia.

Dengan ketiadaan pemain nombor satu dunia Carlos Alcaraz yang cedera, juara bertahan Rafael Nadal mengambil alih kedudukan pilihan utama dan bermula menentang pemain Britain, Jack Draper.

Djokovic, pilihan keempat kejohanan, akan bermain perlawanan amal menentang bintang Australia, Nick Kyrgios pada petang Jumaat dan mungkin kembali berhadapan lawan yang sama di pusingan suku akhir jika kedua-duanya melangkah sejauh itu.

Kyrgios bagaimanapun perlu melepasi pilihan kesembilan Holger Rune dan pilihan kelima Andrey Rublev.

Pilihan kedua Casper Ruud, yang mengalami kekalahan mengejut dalam perlawanan pertamanya di Auckland Classic pada hari Rabu, akan memulakan cabaran dengan menentang pemain Czech, Tomas Macchac.

Manakala Daniil Medvedev, finalis dalam dua Terbuka Australia sebelum ini, akan menentang pemain Amerika Syarikat Marcos Giron. Pilihan ketiga Stefanos Tsitsipas pula dijangka berdepan perlawanan sukar menentang Quentin Halys dari Perancis. -AFP

(Djokovic berhadapan pemain ranking ke-75 dalam perlawanan pertama/REUTERS)

Media Baharu