SOFIA, 1 Oktober- Juara bertahan, Jannik Sinner kini selangkah untuk mempertahankan gelarannya buat kali ketiga selepas menyingkirkan pemain Australia, Aleksandar Vukic dengan straight set pada Tenis Terbuka Sofia.
Kemenangan itu membolehkan beliau mara ke peringkat separuh akhir.
Dalam perlawanan tersebut pemain Itali itu menang mudah dengan keputusan 6-2,6-3.
Sinner juga dilihat tenang dalam perlawanan suku akhir tersebut berbanding lawannya yang lebih banyak melakukan kesilapan mudah.
Selepas ini, Sinner dijadual menentang Holger Rune dari Denmark bagi merebut slot ke saingan akhir kejohanan.
Rune sebelum ini menewaskan pemain Belarus, Ilya Ivashka dengan keputusan 6-2 5-7 6-4.
Sementara itu, rakan senegara Sinner yang juga pilihan keempat kejohanan Lorenzo Musetti, juga mara selepas menang dengan keputusan 7-6, 6-1 menewaskan Jan-Lennard Struff dari Jerman.
(Foto Twitter rasmi Terbuka Sofia)