WASHINGTON D.C, 23 Julai - Pemain Britain, Cameron Norrie melakar kejutan dalam pusingan 32 Terbuka Mubadala Citi D.C. selepas bangkit menewaskan pilihan kedua dari Itali, Lorenzo Musetti 3-6, 6-2, 6-3 pada aksi Selasa di sini.
Norrie, bekas separuh akhir Wimbledon yang kini menghuni ranking ke-41 dunia, menampilkan ketangkasan di garisan belakang dan menyelamatkan sembilan daripada sebelas break point, selain memanfaatkan empat peluang ke atas servis Musetti.
Beliau seterusnya akan berdepan pilihan ke-14 dari Amerika Syarikat, Brandon Nakashima yang menewaskan Ethan Quinn 6-3, 6-4.
Turut mencatat kemenangan ialah pilihan ke-15, Gabriel Diallo (Kanada) yang mengetepikan Fabian Marozsan (Hungary) 6-3, 6-4.
Pusingan 64 menyaksikan kejayaan buat Aleksandar Kovacevic, Zachary Svajda, Jaume Munar (Sepanyol) serta dua pemain China, Yibing Wu dan Yunchaokete Bu.
Dalam aksi sebelah malam pusingan 32, pilihan keempat Ben Shelton mudah menundukkan Mackenzie McDonald 6-3, 6-4, manakala Daniel Evans mengejutkan pilihan ke-13 Alex Michelsen 6-4, 6-4.
Sementara itu, pertembungan sesama pemain Perancis, Corentin Moutet menang besar ke atas Alexandre Muller 6-0, 6-1. - REUTERS