MADRID, 4 Mei-Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Aryna Sabalenka menepati ramalan selepas dinobatkan sebagai juara kejohanan selepas menewaskan Coco Gauff yang juga pilihan keempat kejohanan, 6-3, 7-6(3). dalam satu pertarungan sengit.
Kejayaan tersebut membolehkan Sabalenka untuk merangkul gelaran ketiganya di Terbuka Madrid, sekali gus merupakan kejuaraan ketiga beliau musim ini dalam Jelajah WTA.
Dalam set pertama, Sabalenka mendominasi perlawanan apabila memenangi empat permainan berturut-turut tanpa membenarkan sebarang mata, membolehkannya mendahului 4-1.
Gauff cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan kepada 4-2, namun pemain dari Belarus itu kembali menguasai dan menamatkan set dengan satu lagi break.
Set kedua menyaksikan Gauff mendahului Sabalenka 5-3 selepas berjaya mematahkan servis pemain berkenaan.
Namun, dua dua kesilapan (double fault) dalam usaha menamatkan set kedua memberi ruang kepada Sabalenka untuk bangkit semula dan menyamakan kedudukan 5-5 sebelum mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan dalam tie-break.
Sementara itu, Sabalenka menghamburkan pujian kepada Gauff yang disifatkan sebagai lawan yang sukar ditewaskan dan sentiasa memberi tentangan sengit ketika berdepan dengannya.
"Saya sentiasa menikmati perlawanan menentang anda, anda memang seorang pejuang sejati," kata Sabalenka kepada Gauff semasa majlis penyampaian trofi.-REUTERS.