fb fb fb fb fb

Tenis ATP Terbuka Swiss: Bublik, Cerundolo mara ke pentas akhir

Pemain Kazakhstan, Alexander Bublik/Foto REUTERS

GSTAAD, 20 Julai 2025 – Pemain pilihan kedua, Alexander Bublik dan pemain bukan pilihan dari Argentina, Juan Manuel Cerundolo mara ke saingan akhir EFG Terbuka Swiss selepas mencatat kemenangan straight set dalam separuh akhir masing-masing pada Sabtu di Switzerland.

Bublik dari Kazakhstan tidak menghadapi sebarang masalah apabila menewaskan pemain Perancis, Arthur Cazaux 6-1, 7-5 dalam masa hanya 73 minit.

Beliau meledak 12 ace, mencatat kelebihan 35-11 dari segi pukulan kemenangan dan tidak menghadapi sebarang break point sepanjang perlawanan.

Cerundolo pula menewaskan pemain Peru, Ignacio Buse 6-3, 6-3 dalam tempoh 82 minit untuk mara ke perlawanan akhir ATP pertamanya sejak 2021.

Beliau juga menyelamatkan satu-satunya break point untuk memburu gelaran Jelajah ATP kedua dalam kariernya. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD