fb fb fb fb fb

Tarikh Sukma KL 2022 diumum selewat-lewatnyanya hujung bulan ini



KOTA TINGGI, 8 Februari- Kementerian Belia dan Sukan (KBS), akan mengumumkan tarikh penganjuran Sukan
Malaysia, Sukma, selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan memorandum jemaah menteri bagi permohonan peruntukan menganjurkan Sukma berkenaan.

Beliau yakin penganjuran temasya sukan itu masih dapat diteruskan, namun senarai akhir acara-acara yang kan dipertandingkan belum diputuskan.

Faizal berkata, kementeriannya optimis peningkatan kes COVID-19 tidak akan menjejaskan penganjuran Sukma tahun ini.

Namun katanya, skala temasya Sukma tertakluk kepada kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya percaya kalau kita terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) tiada acara yang terganggu. Malangnya ia akan terganggu jika orang ramai tidak menjaga SOP dan ada jangkitan.

“Apabila ia berlaku akan merencatkan kemeriahan penganjuran tidak kira hiburan dan sukan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Siap Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) di Bandar Penawar, di sini

Sementara itu,,beliau memaklumkan, semua fasiliti Sukma Johor 2020 yang akan diadakan pada 2024 perlu dijaga dan diselenggara dengan baik, tanpa perlu
ditambah baik.

Ini kerana kemudahan itu bertaraf antarabangsa dan mampu digunakan untuk tempoh masa yang lama.

“Saya mohon semua pihak yang betindak sebagai penyelenggara fasiliti supaya jaga dengan baik kerana setiap fasiliti gunakan kantung kerajaan dan wang rakyat yang kita perlu jaga sebaik mungkin,” katanya.

Sukma Johor ke-20 sepatutnya dianjurkan pada 2020 namun ditunda beberapa kali disebabkan pandemik COVID-19 sebelum diputuskan penganjurannya pada tahun 2024.

Media Baharu