NILAI, 9 Februari - Persada Intergriti Bersatu Football Club (PIB FC) menyasarkan untuk layak ke pusingan akhir bagi Liga M3 musim ini.
Ketua Jurulatihnya, K.Ramachandran, yakin dengan prestasi dan komitmen yang ditonjolkan pemainnya mampu memberi saingan kepada pasukan lain.
Kekuatan sembilan bekas pemain Liga Malaysia yang turut beraksi dalam pasukan itu juga diharap dapat membantu PIB FC untuk mara ke pusingan akhir.
"Setakat ini 80 peratus sudah ok, pemain perlu digilap, saya rasa pemain kita berpotensi untuk pergi lebih jauh dengan kebolehan mereka, katanya.
Pasukan itu mula ditubuhkan secara rasmi pada 2011 itu pernah melakar sejarah dengan menjuarai Liga Super Klang Valley pada 2017.
"Harapan saya untuk tahun ini, saya merasakan walaupun dibarisi pemain muda tapi saya yakin kita mampu berikan kejutan luar biasa, kita menghadapi pramusim dengan baik. Kami bersedia dari segi fizikal mental untuk hadapi musim depan", kata Ali Imran Alimi, Ketua Pasukan PIB FC.