fb fb fb fb fb

Tandukan Ramos memastikan kemenangan lewat PSG ke atas Nice

Foto AFP

MADRID, 2 November - Pemain gantian Goncalo Ramos menjaringkan gol dengan tandukan kencang pada minit ke-94 untuk memberikan juara Eropah Paris Saint-Germain kemenangan 1-0 lewat ke atas Nice dalam Ligue 1 pada Sabtu.

Ramos mengubah penguasaan bola PSG di Parc des Princes dan pasukan Luis Enrique kini memberi tumpuan kepada kunjungan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara pad Selasa.

PSG mempunyai kelebihan dua mata di puncak Ligue 1 selepas Marseille menang 1-0 di Auxerre untuk naik ke tempat kedua.

Pengenalan Ramos pada minit ke-72 bagi menggantikan Senny Mayulu memberikan suntikan serangan yang diperlukan oleh Parisian.

Pemain antarabangsa Portugal itu, yang membuat penampilan ke-100 untuk PSG, memaksa penjaga gol Nice, Yehvann Diouf, menyelamatkan gawang dengan baik sejurus sebelum gol penentunya.

Menjelang saat-saat akhir, Ramos berjaya menjaringkan gol dari jarak dekat dengan sepakan sudut daripada Lee Kang-in.

"Kami terlalu senyap pada setengah jam pertama tetapi kemudian kami menjadi lebih baik, kami berusaha keras dan kami sememangnya berhak mendapat kemenangan." kata Jurulatih PSG, Luis Enrique.

Marseille gagal menyerlah tetapi gol pemain tengah England, Angel Gomes, selepas setengah jam sudah cukup untuk meraih kemenangan di Auxerre dan mereka naik ke tempat kedua.

Auxerre gagal memanfaatkan peluang selepas Marseille terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain pertahanan kiri, Ulisses Garcia, dibuang padang pada minit ke-65.

Marseille akan menentang pasukan Itali, Atalanta, dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu.

Monaco mengalami kekalahan pertama mereka di tempat sendiri musim ini apabila mereka tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Paris FC, menamatkan rentetan empat perlawanan tanpa kalah.

Pemain antarabangsa berpengalaman Nigeria, Moses Simon, memberikan pasukan pelawat yang berada di kedudukan tengah liga pendahuluan pada minit ke-53 dan persembahan hambar Monaco disimpulkan apabila Takumi Minamino merembat masuk ke gawang pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Monaco perlu bangkit untuk perjalanan ke Bulatan Artik bagi menentang pasukan Norway, Bodo Glimt, dalam Liga Juara-Juara pada hari Selasa. - AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH