fb fb fb fb fb

Tabung Solidariti bersama Selangor FC kumpul RM76,490

Foto RTM

SHAH ALAM, 4 Julai-Tabung solidariti Bersama Selangor FC berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM76,490.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, inisiatif itu bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan peminat bola sepak untuk menzahirkan Solidariti kepada Selangor FC.

"Berdasarkan kepada sambutan  yang diterima melalui sumbangan Tabung Soladariti Bersama Selangor FC ini, kita dapat melihat bagaimana sokongan kuat yang telah diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang turut sama tidak bersetuju dengan apa yabg sedang nerlaku di dalam Liga Bola sepak Malaysia", katanya demikian dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Kutipan Tabung Soladariti Bersama Selangor FC di sini pada Rabu.

Sementara itu, Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim kini dalam proses pemulihan tangan kiri menerusi rawatan fisioterapi. 

Perkara tersebut dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon. 

Jelas beliau, luka  pemain tonggak Selangor FC itu juga semakin kering.

"Alhamdulillah, Faisal dalam proses pemulihan. Luka-lukanya semakin kering.Beliau juga sudah mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif yang boleh menggerakkan tangan kiri.

"Fokusnya (fisioterapi) untuk pergerakan penuh tangan kirinya.Insya-Allah pada minggu hadapan, beliau dijangka membuat latihan joging (larian) bagi meningkat semula tahap kecerdasannya",katanya di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD