CAPE TOWN, 4 Julai- Bekas juara dunia lompat tinggi Afrika Selatan Jacques Freitag ditemukan mati setelah dilaporkan hilang sejak dua minggu.
Menurut Netwerk24, Freitag, 42, ditemui di kawasan berhampiran tanah perkuburan di Pretoria West, Afrika Selatan, dengan kesan tembakan dan polis menganggap kes itu sebagai pembunuhan.
Dia dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat meninggalkan rumah ibunya bersama seorang lelaki tidak dikenali pada 17 Jun lalu.
Freitag menjuarai kejohanan dunia di peringkat remaja, junior dan senior. Dia turut meraih emas pada Kejohanan Dunia 2003 di Paris.
Dia mencatatkan rekod terbaik peribadi dengan lompatan 2.38 meter pada tahun 2005.-REUTERS