fb fb fb fb fb

EURO 2024: Nuno Mendes percaya Selecao boleh beri hadiah perpisahan paling bermakna kepada CR7

Nuno Mendes (kanan) dan Cristiano Ronaldo

HAMBURG, 4 Julai- Pemain pertahanan Portugal, Nuno Mendes percaya pasukannya mempunyai apa yang diperlukan untuk memberikan Cristiano Ronaldo hadiah perpisahan yang paling diingininya selepas karier cemerlang dalam bola sepak.

Ronaldo menjulang Kejohanan Eropah 2016 bersama Portugal tetapi Selecao sejak itu bergelut dalam kejohanan antarabangsa dengan penyingkiran pusingan 16 pada Piala Dunia 2018 dan Euro 2020, serta tersingkir mengejut pada suku akhir di tangan Maghribi di Qatar dua tahun lalu .

Pada usia 39 tahun, Mendes mengakui Ronaldo mungkin bermain di Euro terakhirnya dengan pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu kini bermain di Arab Saudi bersama Al-Nassr.

Portugal mesti terlebih dahulu mengatasi finalis Piala Dunia Perancis pada aksi suku akhir, Sabtu ini.

Pertemuan itu dikatakan ulangan final 2016 yang ketika itu dimenangi Portugal 1-0 di bumi Perancis.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE