fb fb fb fb fb

Sumali tekad hentikan kemelut PSM




KUALA LUMPUR, 12 Februari- Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, PSM yang baharu, Datuk Sumali Reduan berharap kepimpinan baharu PSM yang diterajuinya dapat menamatkan kemelut yang telah melanda badan induk itu untuk sekian lama.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,Persewip serta barisan tertinggi PSM dipilih sebulat suara tanpa ada pertandingan pada Mesyuarat Agung Tahunan, AGM 2022 di ibu negara.

Selain jawatan Presiden, AGM berkenan turut memilih dua jawatan Timbalan Presiden yang diisi Datuk Abdul Halim Suleiman dan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Manakala tiga jawatan Naib Presiden disandang Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Datuk Awang Sham Amit dan Datuk Abu Jimi Samat.

" Kami kepimpinan baharu PSM ini akan cuba untuk bertemu seberapa segera dengan Menteri Belia dan Sukan dan juga Pesuruhjaya Sukan dan kami juga berhasrat untuk bertemu segera dengan presiden Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza dan kami juga berhasrat bertemu Datuk Halim Kadir dan Ahli jawatankuasa Astaf bsgi menyelesaikan kemelut yang ada ni secepat mungkin," kata Sumali.

Harapan utamanya adalah supaya PSM dapat diterima semula oleh ASTAF selepas dilucutkan keahlian tahun lalu.

Selain itu, PSM turut mempelawa ahli gabungan diluar PSM iaitu Selangor, Putrajaya dan Sarawak untuk kembali bersama badan induk berkenaan.

Media Baharu