fb fb fb fb fb

Suku akhir Piala Dunia 2022: Belanda sedia berdepan Argentina

(FOTO AFP)

DOHA, 9 Disember - Pemain pertahanan Belanda, Virgil van Dijk mengakui saingan suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Argentina, awal pagi esok bukan sekadar untuk menyekat pergerakan Lionel Messi tetapi lebih daripada itu.

Menurut beliau, Messi yang mungkin beraksi untuk kali terakhir dalam Piala Dunia kali ini, banyak memberi inspirasi namun Van Dijk tetap percaya Argentina mempunyai pelbagai lagi kelebihan.

Jelasnya, Belanda sedang bersiap sedia bukan sahaja untuk menentang Messi tetapi bagi berhadapan Argentina secara menyeluruh.

Belanda melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Amerika Syarikat dalam pusingan 16 terakhir manakala Argentina mara hasil aksi cemerlang Messi ketika bertemu Australia.


(Pemain pertahanan Belanda, Virgil van Dijk menjalani latihan di pusat latihan Universiti
Qatar di Doha, Qatar/ AFP)

Setakat ini, Belanda telah mempamerkan permainan yang baik di Qatar dan antara empat pasukan yang belum tewas dalam kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, jurulatih Belanda, Louis van Gaal optimis pasukannya berupaya memenangi kejohanan itu.

Bagi aksi suku akhir Piala Dunia 2022, beliau berpendapat Belanda mampu memberikan aksi terbaik menentang Argentina biar pun pasukan lawan memiliki barisan pemain bintang.

"Pada pendapat saya, Argentina adalah pasukan yang hebat kerana memiliki pemain handalan dunia dalam skuad mereka, bagi kami aksi menentang mereka adalah perlawanan sebenar buat pasukan dalam kejohanan ini," jelas van Gaal.

Media Baharu