fb fb fb fb fb

Ronaldo tidak pernah ancam tinggalkan Portugal

(FOTO AFP)

DOHA, 9 Disember - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tidak pernah mengancam untuk meninggalkan pasukan sepanjang berada di Qatar.

Sebaliknya, dia sentiasa membina prestasi baik dalam skuad kebangsaan dan negara.

Perkara itu disahkan Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF).

FPF pada Khamis menafikan Ronaldo mengancam untuk meninggalkan Portugal selepas dia diletakkan di bangku simpanan ketika perlawanan peringkat pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 menentang Switzerland.


(Cristiano Ronaldo menjalani latihan di pusat latihan Al Shahaniya SC di Doha, Qatar/ AFP)

Menurut FPF, Ronaldo tetap menyokong pasukan tanpa mengira sama ada dia berada di bangku simpanan atau tidak.

“FPF menjelaskan bahawa kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, tidak pernah mengancam untuk meninggalkan pasukan kebangsaan sepanjang berada di Qatar,” kata persekutuan itu.

"Setiap hari Ronaldo membina rekod dan prestasi yang unik sepanjang berkhidmat untuk pasukan kebangsaan dan negara, yang mana ia mesti dihormati."

Pemenang Ballon D'Or lima kali itu pula menegaskan skuad itu kukuh dan akan berjuang memenangi Piala Dunia. -AFP

Media Baharu