fb fb fb fb fb

SUKNES 2024, platform cungkil bakat baharu - Aminuddin

Menteri Besar NS, Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan hadiah kepada pemenang

SEREMBAN, 4 Februari- 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berentap dalam Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) 2024 untuk merebut gelaran juara dalam setiap acara yang dipertandingkan antaranya bola jaring, badminton, futsal dan sepak takraw.

Juara setiap acara akan mewakili DUN masing-masing ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 Februari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, SUKNES merupakan satu platform yang dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan dan mempertingkat kesedaran sukan dalam kalangan masyarakat.

"Penyertaan ini amat membanggakan dan saya yakin ini adalah permulaan yang baik. Selepas ini, lebih ramai lagi yang akan mengikuti ataupun menyertai SUKNES ini."

"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan ke peringkat negeri pada hujung bulan ini," kata Aminuddin kepada pemberita ketika ditemui media pada pada Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) 2024 Peringkat Dun Sikamat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi menganjurkan kejohanan itu dan sebanyak RM10,000 diserahkan kepada setiap DUN bagi penganjuran di peringkat DUN.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM