KUCHING, 18 Ogos-Pemain Skuasy Sabah, Xin Ying Yee yang juga pemain muda negara akhirnya berjaya merangkul pingat emas pertamanya di Sukan Malaysia (SUKMA) di sini selepas menewaskan lawannya dari Kedah,K Sehveetrraa 9-11, 7-11, 11-8, 11-7, 11-8 pada aksi final.
Sementara itu, pingat gangsa menjadi milik atlet dari Kedah, Aira Azman.
Aira menang dalam aksi perebutan tempat ketiga menewaskan wakil Negeri Sembilan, J. Yasshmita dengan keputusan 9-11, 11-2, 11-4, 11-5.
Sementara itu, pemain skuasy negara, Joachim Chuah terus mempamerkan aksi konsisten bagi membantu Wilayah Persekutuan meraih pingat emas ke-10 pada Sukma 2024.
Dia yang beraksi dalam perseorangan lelaki berjaya meraih pingat emas selepas menewaskan wakil Negeri Sembilan, C Ameeshenraj dengan keputusan 11-4, 8-11, 7-11, 11-9, 13-11.
Dalam pada itu, pemain Perak, Low Wa Sern sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa.