fb fb fb fb fb

SUKMA Sarawak: Polis jamin beri kawalan keselamatan terbaik

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Jabatan Pengurusan IPK Sarawak

KUCHING, 10 Mei- Polis Sarawak beri jaminan tahap keselamatan di semua lokasi berada pada tahap optimum menjelang penganjuran SUKMA ke-21, Ogos depan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata buat masa ini pihaknya tidak merancang untuk penambahan anggota sokongan bagi tujuan itu.

Malah pihaknya akan menggerakkan formasi sedia ada di bahagian-bahagian yang terlibat dengan penganjuran SUKMA.

Beliau diminta mengulas mengenai tahap keselamatan atlet SUKMA susulan terdapat serangan terhadap beberapa pemain bola sepak baru-baru ini.

Datuk Mancha menjelaskan perkara itu di Kuching selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Jabatan Pengurusan IPK Sarawak.

Majlis menyaksikan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak, SAC Awang Din Awang Ghani menyerahkan tugasnya kepada Ketua Jabatan Pengurusan yang baru, SAC Rizal Abdul Rahman Sidek.

SAC Awang Din bersara wajib mulai hari ini selepas lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE