KUALA LUMPUR, 24 September- Terengganu berjaya mendominasi acara tinju dengan empat emas dari 12 emas ditawarkan menerusi hasil Kemenangan Petinju Muhammad Syahriman Zahar menerusi kategori Heavy Lelaki akhir .
Ini setelah menumbangkan lawan dari tuan rumah Wilayah Persekutuan Muhammad Izzuddin Abu Saman kemenangan 4-1 dalam tiga pusingan di kompleks futsal Presint 18 di Putrajaya.
Jelas anak kelahiran Besut Terengganu ini berjaya menukarkan warna pingat Perak ke emas yang dilakukan pada 2018 lalu.
Tambahnya selepas ini akan menyambung semula pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI di Tanjong Malim bagi pengajian pendidikan Jasmani yang telahpun dua tahun di sana.
Sementara itu bagi 5 perlawanan lain Sarawak berjaya meraih dua emas mereka menerusi kategori Fly dan Feather lelaki akhir oleh Jackson Chambai dan Daeloniel McDelon Bong melebihi sasaran diletakkan.
Johor juga mencuri dua koleksi emas menerusi Muhammad Arif Aiman dan Amir Afnan Azmi kategori Light Welter dan Light Heavy setelah menewaskan lawan masing-masing.
Manakala Pulau Pinang turut meraih emas kedua mereka oleh Muhammad Asuad Mohd Halim kategori Light Middle bawah 71 kilogram dengan menyingkirkan petinju Sabah Erron Liaw Kok Sheng hanya raih Perak.