fb fb fb fb fb

Sukma 2022, insentif menanti atlet Perak yang memenagi pingat emas

BAGAN SERAI, 30 Ogos - Kerajaan negeri Perak akan memberi insentif kepada atletnya yang berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 Kuala Lumpur, 16 hingga 24 September depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata insentif itu dilihat mampu menjadi pembakar semangat kepada 531 atlet negeri berkenaan yang akan bertanding dalam temasya tersebut.

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

"Bagi setiap acara individu, atlet yang berjaya mendapat pingat emas insentif dia adalah RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM1,000. Bagi acara berpasukan, emas kita bagi RM2,500 seorang, perak RM1,500 seorang dan juga gangsa RM500 seorang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Negeri Perak, di sini.

Tambah Saarani, sasaran 50 pingat emas ditetapkan buat Kontinjen Perak dalam SUKMA ke-20 ini.

Skuad menembak menjadi sandaran utama kontinjen negeri itu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya tujuh pingat emas.

Media Baharu