fb fb fb fb fb

Sukan Universiti ASEAN 2022: Skuad memanah optimis cipta kejutan

KUALA NERUS, 29 Mei- Tempoh persediaan pasukan yang kian singkat ke pentas temasya Sukan Universiti ASEAN 2022 di Thailand pada Julai nanti tidak menjadi halangan buat skuad memanah negara untuk terus mengekalkan rekod cemerlang bagi pungutan pingat emas.

Namun kurangnya pendedahan kejohanan berkompetitif tinggi untuk memperkukuhkan prestasi sebelum aksi sebenar perlu diberi perhatian kepada pasukan yang dibarisi sepenuhnya pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ini.

Percaturan untuk mempertaruhkan atlet kebangsaan yang telah menyumbang pungutan pingat di Sukan SEA Hanoi baru-baru ini bakal menjadi sandaran buat kontinjen negara dalam usaha mengekalkan status selaku kuasa besar sukan memanah di pentas temasya AUG.

Pengurus Pasukan Memanah Sukan Universiti Asean, Suhardi Abdullah @ Mohd Zaid berkata skuadnya tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan dan melihat ia cabaran terbuka walaupun program persiapan pasukan telah terencat berikutan pandemik.

"Harapan kita untuk kali ini , kita nak letak 'target' terlalu tinggi sangat pun kita tidak berani sebab kita faham dari segi persiapan kita sendiri banyak kekangan dalam masa dua tahun ini dan kita sendiri tidak tahu kekuatan lawan dari negara-negara lain seperti Indonesia, Singapore dan Thailand," katanya.


(Pengurus Pasukan Memanah Sukan Universiti Asean, Suhardi Abdullah @ Mohd Zaid)

Penganjuran terakhir di Myanmar pada 2018, skuad negara berjaya menyumbang tujuh emas, tiga perak dan tiga pingat gangsa untuk berada di tangga ke-3 di belakang Indonesia dan Thailand selaku juara keseluruhan.

Media Baharu