HANOI, 14 Mei- Atlet baling tukul besi wanita negara Grace Wong meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara olahraga Sukan SEA, Hanoi.
Atlet berasal dari Sarawak berusia 22 tahun itu yang memegang rekod kebangsaan 62.48m, melakukan lontaran terbaik 57.30m di Stadium Nasional MyDinh.
Grace yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 akhirnya membalas dendam terhadap pesaingnya dari Thailand, Mingkamon Koomphon, yang mencatat 50.28m, sekadar puas hati di tempat kedua.
Koomphon merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2019, manakala Grace memenangi pingat perak.
Seorang lagi atlet Thailand, Panwat Gimsrang pulang dengan pingat gangsa.
(Grace Wong menewaskan seterus utamanya dari Thailand, Mingkamon Koomphon untuk meraih pingat emas)