fb fb fb fb fb

Sukan Para Asia 2023: Imanina sumbang gangsa

(FOTO FB majlissukannegaramalaysia)

HANGZHOU, 23 Oktober -Skuad olahraga Para negara berjaya merangkul satu lagi pingat gangsa dalam acara lontar peluru wanita kategori F20 melalui Noor Imanina Idris.

Atlet berusia 25 tahun itu mencatat lontaran sejauh 10.57 meter sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan.

Sementara itu, pingat emas mejadi milik atlet dari Jepun,Hori Reina dengan lontaran sejauh sejauh 10.67 meter, manakala pingat Perak menjadi milik atlet Indonesia, Vati Suparani.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD