fb fb fb fb fb

Sukan, membentuk identiti bangsa yang bersatu padu - Saarani

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 12 Oktober- Sukan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti bangsa yang kuat dan bersatu.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, sukan merupakan medium dalam menghubungkan rakyat selain mampu menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional.

Jelas beliau, berabad lamanya sukan menjadi lambang dalam usaha menyemai nilai-nilai perpaduan.

"Di padang, tiada bezanya bangsa, agama atau latar belakang. Yang ada hanyalah semangat untuk berusaha, bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain."

"Sukan mengajar kita bahawa kejayaan bukan hasil kerja seseorang individu sahaja tetapi kejayaan adalah kejayaan satu pasukan, satu masyarakat dan satu negara," kata Saarani.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak 2024, di Ipoh, pagi tadi.

Datuk Seri Saarani turut mengingatkan masyarakat agar terus membudayakan sukan dalam kehidupan sebagai usaha membina sebuah negara yang lebih kuat, sihat dan berpadu.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM