fb fb fb fb fb

Sukan Asia: Sivasangari dan Eain Yow ceriakan kontinjen negara

(FOTO RTM)

HANGZHOU, 6 Oktober- Pemain perseorangan Skuasy wanita negara, Sivasangari Subramaniam berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou 2023.

Pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan itu menewaskan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk 3-2, sekali gus emas kedua buat jaguh negara itu apabila cemerlang dalam acara berpasukan wanita sebelum ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou itu, Sivasangariterpaksa bermandi peluh sebelum mengatasi Sin Yuk, 8-11, 15-13, 12-10 ,11-9, dan 12-10.

Bagi Sivasangari, dia mengakui tekanan sangat kuat dirasai untuk temasya kali ini.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan perasaan ini.

"Sebagai pembawa Jalur Gemilang negara, saya berasakan ia satu tekanan dan ia juga satu penghormatan merangkul emas buar rakyat Malaysia", katanya.

Sementara itu, pemain perseorangan skuasy lelaki, Ng Eain Yow meraih emas kelima negara apabila menewaskan pemain India, Ghosal Saurav, 3-1 pada perlawanan akhir.

Ghosal terlebih dahulu memenangi set pertama 11-9, sebelum Eain Yow kembali memenangi set berikutnya 11-5 dan 11-7 bagi memenangi perlawanan dalam tempoh 70 minit.

Dalam pada itu, Ng Eain Yow berkata kejayaan menewaskan Saurav dianggap sebagai membalas dendam kekalahan aksi separuh akhir acara berpasukan.

"Bila saya masuk gelanggang, saya hanya fikir buat negara.

"Saya rasa lega kerana berjaya menggondol emas buat negara", kata Eain Yow.

Pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Eain Yow menjadi sebagai daripada pasukan yang menghadiahkan pingat emas ketujuh untuk negara.




(FOTO IG Ng Yow)

Media Baharu